(A) Hidupan Seni
- Mikroorganisma ialah hidupan seni yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
- Kanta pembesar dan mikroskop digunakan untuk melihat mikroorganisma.
- Terdapat 5 jenis mikroorganisma:
(B) Proses Hidup Mikroorganisma
- Mikroorganisma melakukan proses hidup seperti bernafas, bergerak dan bertumbuh.
(C) Pertumbuhan Mikrob
- Makanan dan buah-buahan rosak disebabkan oleh tindakan mikroorganisma.
- Pertumbuhan mikroorganisma memerlukan air, udara, suhu, nutrien dan keasidan yang sesuai.
(D) Kesan Buruk Mikroorganisma
(E) Kegunaan Mikroorganisma
(F) Hidup Sihat, Hidup Sejahtera
- Amalan harian yang sihat dapat mencegah penyakit berjangkityang disebabkan oleh penyebaran mikroorganisma.
- Penyakit berjangkit dapat merebak melalui:
- Makanan dan minuman
- Bersin dan batuk (udara)
- Sentuhan secara langsung
- Haiwan pembawa seperti lalat dan nyamuk
- Langkah-langkah untuk mencegah penyakit berjangkit:
- Mencuci tangan sebelum makan dan selepas menggunakan tandas.
- Tidak berkongsi barangan peribadi dengan orang lain.
- Meminum air yang dididihkan.
- Membalut luka untuk melindungi daripada jangkitan
- Menutup hidung dan mulut semasa batuk atau bersin.
- Kuarantin / Mengasingkan pesakit yang menghidap penyakit berjangkit.
(G) Amalan Harian yang Sihat
- Kita perlu mempraktikkan amalan harian yang sihat untuk kesihatan diri untuk mencegah penyakit berjangkit.
- Contoh Amalan Harian yang Sihat:
- Menjaga kebersihan bilik tidur.
- Membasuh tangan selepas keluar dari tandas.
- Elakkan memakan makanan yang terdedah dan dihinggapi lalat.
- Menutup makanan dan jangan membiarkan makanan terdedah.
- Mandi menggunakan sabun atau sabun antiseptik.
- Memakai penutup hidung dan mulut.
- Elakkan berada dekat rakan yang dijangkit penyakit berjangkit
- Bersihkan tangan dengan cecair pembasmi kuman.
Rujukan:
Badan Pembangunan Kurikulum. (2015). Kurikulum Standard Sekolah Rendah: Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran Sains Tahun 6. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Suwaibatullaslamiah binti Jalaludin, Jong, Tze Kian & Mohd Ramadhan bin Anwar. (2015). Sains Tahun 6 Sekolah Kebangsaan. Selangor Darul Ehsan: Dewan Bahasa dan Pustaka.






No comments:
Post a Comment